Parlimen dan pengasingan kuasa
Iklan
PENGUMUMAN pada 13 Mac lalu bahawa kerajaan akan memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dalam masa terdekat adalah berita dinanti-nantikan sejak sekian lama dalam kalangan mereka yang ingin melihat badan legislatif negara memainkan peranannya menepati doktrin pengasingan kuasa sebenar.
Di bawah doktrin tersebut, peranan utama badan perundangan atau legislatif adalah untuk menyemak dan mengimbangi kuasa Kabinet atau eksekutif.