Rancangan jahat rampas Gaza: Gagal secara total

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Ahad

PUTRAJAYA - Pengusiran keluar penduduk Gaza dan projek pembinaan semula penempatan haram Yahudi di jalur Gaza, Palestin akan mengalami kegagalan secara total.

Penasihat Kehormat MyCARE, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, ini kerana Israel menyedari penduduk Gaza tidak akan berdiam diri dan membiarkan negara mereka dirampas seperti tahun 1967.

Iklan
Iklan

"Bahkan semangat intifada bukan sahaja semakin tegang di Gaza bahkan di Tebing Barat dan juga Baitulmaqdis," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai rancangan ekstremis Yahudi merancang membangunkan Gaza sebagai penempatan haram dengan menawarkan 700,000 kediaman.

Iklan

Malah pada 1 Januari lalu, pemaju telah mengiklankan projek perumahan di tepi pantai Gaza.

Dakwa mereka, seramai 500 orang telah menunjuk minat untuk memiliki kediaman berkenaan.

Iklan

Ujar Hafidzi, tindakan Israel untuk membina projek penempatan haram di Gaza adalah mengulangi tindakan yang sama sebaik sahaja mereka menduduki Gaza pada tahun 1967.

"Landskap Gaza dan Tebing Barat pada ketika itu adalah hampir sama iaitu kedua-duanya menjadi tumpuan pelarian Palestin dalam perang pada tahun 1948 dan natijah pengusiran rakyat Palestin dalam peristiwa Nakbah," katanya.

Menurutnya, Israel dilihat sangat terdesak untuk mengosongkan Gaza dan sempadan Rafah sehingga meluluskan projek penempatan haram.

"Walau bagaimanapun tawaran ini tidak akan disambut oleh pendatang Yahudi sebagaimana pada tahun 1967.

"Bahkan penduduk Gaza tidak akan berganjak meninggalkan Gaza dan Rafah atau ke beberapa negara Afrika yang kononnya bersedia untuk menempatkan mereka," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28