Belum sampai tahap bincang syarat - Ronald
Iklan
SHAH ALAM - Perbincangan mengenai syarat peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang tidak disentuh dalam pertemuan wakil Perikatan Nasional (PN) diketuai Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang berlangsung pada Selasa lalu.
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan pertama kali itu khususnya membabitkan peruntukan kepada bloknya.