Laluan ke Terowong Menora terhalang, treler terbalik

Iklan
Setakat jam 7.35 pagi, semua laluan arah utara masih terhalang dan trafik perlahan sejauh 2 kilometer. Foto media sosial

IPOH - Sebuah treler membawa muatan serbuk besi terbalik di Kilometer 262.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara mengakibatkan semua laluan antara Ipoh ke Terowong Menora terhalang pada Ahad.

PLUS Malaysia Berhad menerusi aplikasi X memaklumkan, aliran trafik tidak bergerak pada jam 4.52 pagi.

Iklan
Iklan

Laluan kontra telah diaktifkan di Kilometer 262.65 hingga Kilometer 263.75 bagi mengurangkan kesesakan.

"Setakat jam 7.35 pagi, semua laluan arah utara masih terhalang dan trafik perlahan sejauh dua kilometer.

Iklan
Perkongsian PLUS Malaysia Berhad.

"Pengguna yang dalam perjalanan ke arah utara diminta menggunakan laluan alternatif, keluar di Plaza Tol Ipoh (S)," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, keadaan treler terbabit merintangi jalan dengan sebahagian muatan jatuh atas lebuh raya.

Iklan

Bagaimanapun katanya, kemalangan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

"Tiada mangsa yang tersepit. Buat masa ini operasi pembersihan sedang dijalankan di lokasi kemalangan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28