ALOR GAJAH - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan sekiranya terdapat keperluan berikutan fenomena cuaca panas dan kurang hujan yang melanda negara ketika ini.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kebiasaannya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terlibat dengan proses pembenihan awan namun setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang permintaan terhadap usaha itu.