Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Ketua PBB

Iklan
Guterres bercakap kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish di wilayah timur laut Mesir di Sinai Utara. Foto AFP

RAFAH - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata pada Sabtu bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan, lapor agensi berita Palestin WAFA.

"Rakyat Palestin di Gaza - kanak-kanak, wanita, lelaki - terus dihantui mimpi ngeri berterusan,” kata beliau dalam lawatannya di sebelah Mesir di persimpangan sempadan Rafah menyaksikan laluan trak bantuan masuk ke Gaza tetapi penduduknya diintai situasi kelaparan dan kebuluran.

Iklan
Iklan

Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai kecacatan moral.

"Saya membawa suara sebahagian besar dunia yang sudah cukup melihat,” kata Guterres sambil menambah menyedihkan"komuniti dihapuskan, rumah dimusnahkan, seluruh keluarga dan generasi dilenyapkan.”

Iklan

Beliau mengulangi bahawa tiada apa yang mewajarkan hukuman kolektif rakyat Palestin, menurut WAFA.

Guterres menekankan ia adalah lebih daripada masa bagi gencatan senjata kemanusiaan segera dan merayu kepada Israel untuk akses menyeluruh dan tidak terhad untuk penyaluran barangan kemanusiaan di seluruh Gaza.

Iklan

Lebih 32,100 rakyat Palestin terkorban dan lebih 72,400 cedera dalam perang Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas, di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Israel juga telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduknya, terutamanya penduduk utara Gaza, berada di ambang kebuluran. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28