Love scam: Warga emas rugi RM24,000 ditipu 'jejaka Norway'

Iklan
Lelaki yang mengaku jurutera petroleum itu memberitahu mangsa kononnya dia mengalami masalah enjin kapal di tengah laut dan meminta mangsa membayarkan baki bayaran enjin kapal baharu sebanyak RM50,000. - Gambar hiasan 123RF, gambar kecil: Mazli

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas kerugian RM24,000 selepas menjadi mangsa 'love scam' atau penipuan cinta oleh seorang lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, mangsa berusia 69 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki warga Norway melalui laman sosial terbabit sejak September 2023.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki yang mengaku sebagai seorang jurutera petroleum itu memberitahu mangsa kononnya dia sedang mengalami masalah enjin kapal di tengah laut dan meminta mangsa membayarkan baki bayaran enjin kapal baharu sebanyak RM50,000.

"Mangsa kemudian cuba membuat pindahan deposit tunai kali kedua sebanyak RM24,000 pada 21 Mac lalu namun telah dinasihati bahawa dia telah terlibat dengan kegiatan penipuan dalam talian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Sehubungan itu, katanya satu kertas siasatan telah dibuka membabitkan kes terbabit di mana modus operandi Love Scam digunakan melibatkan kerugian tertinggi setakat ini iaitu sebanyak RM24,000.

Dalam perkembangan sama, Mazli mengingatkan orang ramai supaya sentiasa waspada dengan individu yang tidak dikenali dan mengelak daripada membuat bayaran ke akaun individu lain.

Iklan

Katanya, orang ramai juga boleh menyemak status nombor akaun melalui portal CCID https://semakmule.rmp.gov.my/ sekiranya ingin membuat transaksi yang meragukan.

"Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu, bermula 17 hingga 24 Mac lalu sebanyak 102 laporan polis diterima 87 laporan bagi minggu sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 15 kes.

"Daripada jumlah itu sebanyak 27 kertas siasatan telah dibuka dengan kerugian sebanyak RM214,003.54," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!