Pelajar maut dipukul: Nazmie Aizzat penyayang, ringan tulang

Iklan
Ahli keluarga mangsa berkongsi mengenai sifat Allahyarham ketika kunjungan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Segama di kediamannya di Kampung Silabukan Peringkat 4, Tungku, Lahad Datu.

LAHAD DATU - Pelajar kolej vokasional yang maut akibat dipukul di asrama disifatkan sebagai seorang anak yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Malah Allahyarham Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, juga mempunyai sifat ringan tulang serta penghibur dalam keluarganya.

Iklan
Iklan

Itu antara sedikit kisah yang dikongsikan oleh datuknya dalam satu lawatan daripada Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Segama, Ir Rajesh Yusof di kediamannya di Kampung Silabukan Peringkat 4, Tungku.

Bagaimanapun, ibu Allahyarham yang merupakan ibu tunggal yang menyara ketiga-tiga anaknya seorang diri dikatakan hanya tertunduk diam sepanjang kunjungan tersebut.

Iklan

Sebelum itu, turut dikongsikan jenazah Mohammad Nazmie Aizzat telah selamat dikebumikan pada malam Sabtu di tanah perkuburan kampungnya.

Ahli keluarga mangsa berkongsi mengenai sifat Allahyarham ketika kunjungan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Segama di kediamannya di Kampung Silabukan Peringkat 4, Tungku, Lahad Datu.

Pengebumian jenazah dilakukan selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu pada hari yang sama.

Iklan

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Mohammad Nazmie Aizzat ditemui maut di asrama kolej vokasional dipercayai akibat dipukul dan seramai 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam kes ini telah ditahan bagi membantu siasatan.

Siasatan awal pihak polis mendapati kehilangan wang RM50 dan RM35 di asrama menjadi punca perselisihan faham antara mangsa dan kumpulan pelajar asrama tersebut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28