Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah

Iklan
Gambar tular di media sosial memaparkan kenderaan rasmi baharu Sanusi berjenama Hyundai Palisade. (Gambar kecil: Sanusi)

ALOR SETAR - Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setiap tahun kerajaan negeri akan membeli pelbagai aset termasuk kenderaan, dan pada tahun ini memutuskan untuk membeli sebuah kenderaan rasmi Menteri Besar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia berikutan sejak beliau dilantik menerajui negeri ini, pembelian kenderaan baharu untuk kegunaan Menteri Besar belum pernah dilakukan.

"Nombor KCX 8 kereta rasmi MB, sejak saya jadi Menteri Besar, kerajaan negeri tak pernah beli kenderaan baharu untuk kegunaan saya.

Iklan

"Selama itu, saya gunakan kereta Mercedes Benz yang dibeli bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak pada tahun 2012 dan kereta dibeli Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 2014,” katanya di sini pada Ahad.

Sanusi berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan yang tular di media sosial bahawa beliau membeli kereta rasmi baharu bernilai lebih RM400,000 selepas tular foto kereta jenama Hyundai Palisade.

Iklan

Menurutnya lagi, keperluan membeli kenderaan tersebut adalah bagi menggantikan kedua-dua kereta sedia ada yang kerap mengalami kerosakan, bukannya untuk bermewah.

"Alat gantian pula mahal, sekali baiki cecah puluhan ribu ringgit. Jadi tidak ekonomik untuk gasak kereta itu lagi,” jelasnya.

Sanusi memaklumkan, disebabkan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk membeli kenderaan yang lebih lasak kerana beliau sering membuat perjalanan jauh untuk lawatan kerja.

"Pergerakan kerja saya selaku Menteri Besar sangat banyak, tak tentu masa, dalam sebulan cecah puluh ribu kilometer perjalanan, perlu ada kereta yang lasak.’

"Bukan kereta mewah pun, jenama itu biasa saja. Kalau saya nak beli untuk kegunaan peribadi pun saya mampu tetapi memandangkan dibeli oleh kerajaan negeri, jadi saya guna lah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sanusi menempelak Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin yang cuba mengaitkan pembelian kenderaan tersebut dengan isu kegagalan pembayaran gaji pekerja Kedah Agro, yang disifatkan tiada kaitan.

"Semua yang cemburu dengan kereta itu, tunggu hampa (anda) jadi MB, belilah. Bukan isu pun, dalam politik kalau hanya main isu kereta, lebih elok pergi mengaji Tadika.

"Orang zaman sekarang dah tak bercakap isu kereta dalam politik, dunia sudah jauh ke depan, hampa masih main isu lapuk (kereta).

"Yang bercakap pun kalah banyak dalam PRU lepas, kalah di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) lebih banyak masa kalah di peringkat Parlimen,” katanya lagi.

Justeru, Sanusi mencabar Shaiful Hazizy untuk membangkitkan isu lebih mencabar daya intelektual, dan bukan sekadar sengaja menimbulkan kekecohan mengenai pembelian kereta tersebut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28