Ganjar ikut jejak langkah Anies

Iklan
Ganjar bersama pasangan regunya, Mahfud MD hanya meraih kira-kira 16 peratus undi untuk Pilpres 2024. Foto Agensi

JAKARTA – Pasukan undang-undang calon presiden (Capres) No. Siri Tiga, Ganjar Pranowo memfailkan aduan kepada Mahkamah Konstitusi Indonesia pada Sabtu dan turut menggesa pilihan raya baharu serta membatalkan kemenangan pasukan Prabowo Subianto.

Peguam Todung Mulya Lubis berkata, tuntutan pembatalan kelayakan itu dibuat kerana pendaftaran pasukan Prabowo telah melanggar peruntukan undang-undang dan etika.

Iklan
Iklan

"Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024) dicemari nepotisme yang membawa kepada penyalahgunaan kuasa yang diselaraskan,” ujarnya merujuk kepada pencalonan Gibran Rakabuming Raka yang tidak mengikut had umur ditetapkan.

Pasukan Ganjar juga membuat aduan tentang 'mempolitikkan bantuan sosial' dan dakwaan penyalahgunaan sistem teknologi maklumat KPU.

Iklan

Sehari selepas, Komisi Pemilihan Umum (KPU) mengesahkan kemenangan Prabowo, pasukan undang-undang Capres No. Siri Satu, Anies Baswedan juga membuat tuntutan sama dan mengecualikan penyertaan Gibran yang merupakan anak Presiden Joko Widodo atau Jokowi.

Sementara itu, peguam kempen Prabowo memberitahu mereka mempunyai lebih 30 pembela yang bersedia menghadapi sebarang cabaran undang-undang. - Agensi

Iklan