MELAKA - Petron Malaysia tidak ketinggalan memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan mendekati masyarakat di dua bazar Ramadan terpilih menerusi program ‘Riuh Bazar Petron Gasul’.
Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Mohd Asri Ibrahim, berkata, program itu diadakan dua lokasi utama iaitu di Bazar Ramadan Peringgit, Melaka pada Sabtu dan seterusnya di Bazar Ramadan Stadium Ipoh, Perak pada 26 Mac ini.
Malah, program seumpama itu merupakan tahun ketiga penglibatan Petron Gasul di Bazar Ramadan yang bermatlamat membantu meringankan beban kos para penjaja serta peniaga bazar Ramadan.
Menerusi program turun padang itu katanya, Petron Malaysia membantu dengan menyumbang dua gas memasak Petron Gasul, topi dan apron secara percuma kepada para penjaja sekali gus menerapkan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.
"Ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran serta pendedahan jenama Petron Gasul dalam kalangan masyarakat, tetapi kita harap tajaan ini dapat meringankan beban kos operasi para penjaja.
"Dengan mengurangkan kos tersebut, mereka boleh memberi manfaat semula kepada pengunjung bazar yang menikmati juadah pada harga yang berpatutan. Inilah usaha kita untuk berkongsi rezeki,” katanya.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Peringgit, Datuk Shafrie Abdullah.
Kualiti, keselamatan produk
Tambahnya Mohd Asri, sumbangan gas memasak Petron Gasul memberi peluang kepada pihaknya memperkenalkan serta mempromosikan produk Petron yang sentiasa mengutamakan kualiti, keselamatan serta kemudahan para pelanggan.
Ujarnya, program Riuh Bazar Petron Gasul dengan slogan Ramadan tahun ini adalah 'Kongsikan Kegembiraan Dengan Keharmonian'.
"Pada masa sama, berharap program kolaborasi di antara Petron Malaysia dengan Sinar Harian dapat memperluaskan produk dan perkhidmatan dengan menyasarkan masyarakat di luar Lembah Klang," katanya.
Bantu peniaga
""Sekurang-kurangnya modal membeli gas masakan dapat digunakan untuk beli bahan mentah yang lain," katanya yang mengambil alih perniagaan makanan itu daripada bapanya, lebih tujuh tahun lalu.
Bagi peniaga karipap dan samosa, Ahmad Abdullah Adnan, 32, dia menyambut baik program itu dan berharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
"Program ini bagus manakala gas masakan Petron Gasul ini mudah diperoleh. Ia amat memudahkan kepada peniaga seperti saya ini,” katanya yang telah menjalankan perniagaan itu sejak lima tahun lalu.