Akhbar 54 tahun lalu ramal gerhana matahari April 2024

Iklan
Laporan itu menyebut fenomena gerhana penuh akan dapat disaksikan di Amerika Utara dan Amerika Tengah pada 8 April 2024. Foto Agensi

COLUMBUS - Fenomena gerhana matahari pada tahun ini pernah diramalkan oleh akhbar berpusat di Ohio, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1970.

Laporan itu menyebut fenomena gerhana penuh akan dapat disaksikan di Amerika Utara dan Amerika Tengah pada 8 April 2024.

Iklan
Iklan

Selepas 54 tahun, ramalan itu akhirnya akan menjadi kenyataan.

Pengguna rangkaian komuniti, Reddit, Fleegle1834 berkongsi keratan akhbar itu dengan tajuk 'Jutaan saksikan gerhana; fenomena seterusnya pada 2024' berserta kapsyen, jiran saya masih simpan akhbar yang meramalkan kejadian menakjubkan itu.

Iklan

Ia turut menerima pelbagai reaksi pengguna platform itu.

"Saya tidak boleh bayangkan generasi pada masa itu yang mungkin beranggapan 2024 adalah tempoh yang lama untuk ditunggu.

Iklan

"Mereka mungkin fikir adakah dunia masih wujud pada tahun itu?" ujar salah seorang pengguna Reddit.

Difahamkan, ia merupakan keratan akhbar The Washington Post dan turut disamakan dengan animasi popular, The Simpsons yang berulang kali membuat ramalan tentang kejadian pada masa depan dan ia akhirnya benar-benar berlaku atau secara kebetulan.

Menurut Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), gerhana matahari pada 2024 adalah yang kali terakhir dapat dilihat di AS dan fenomena sama seterusnya diramalkan pada 23 Ogos 2044.

Pada tahun lalu, rakyat Amerika turut menyaksikan gerhana matahari anulus atau 'Ring of Fire'. - Agensi