Berkonvoi tapi sibuk pamer aksi samseng jalanan

Iklan
Nampak seronok, tapi kesannya sangat bahaya apabila berlaku kemalangan dan fakta melaporkan ada yang maut kerana aksi itu. Gambar hiasan 123rf

BERKONVOI untuk nikmati juadah berbuka puasa mahu pun sahur ibarat sudah kemestian kepada semua penunggang motosikal sebagai aktiviti bersama rakan.

Namun, Merak Jalanan tersentuh apabila antara kumpulan konvoi ini yang terlibat kemalangan akibat kesilapan pemanduan kenderaan lain.

Iklan
Iklan

Malah, ada antara mereka peserta konvoi itu yang meninggal dunia.

Apabila kita baca berita itu, sedih. Bayangkan di bulan mulia ini, ahli keluarga terpaksa meratap pemergian anak, mungkin juga suami.

Iklan

Sama-samalah sedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang terlibat nahas.

Merak Jalanan sentiasa ingatkan diri sendiri dan rakan agar sentiasa berhati-hati apatah lagi tempat yang ditujui itu pertama kali akan dilalui, kita sendiri tidak tahu laluannya macam mana.

Iklan

Kes lain yang Merak Jalanan hendak sentuh pula kisah berkonvoi tapi sibuk hendak pamer aksi samseng jalanan.

Ada yang saling cabar sesama mereka tunjuk siapa power, siap buat superman, bermacam lagi.

Nampak seronok, tapi kesannya sangat bahaya apabila berlaku kemalangan dan fakta melaporkan ada yang maut kerana aksi itu.

Merak Jalanan sentiasa sokong operasi yang dijalankan pihak polis menerusi Op Samseng Jalanan bagi membendung aktiviti tidak sihat ini.

Apabila ditahan, macam-macam alasan diberi. Motosikal diperiksa pula berjuta kesalahan dikesan, ada yang ubah suai ekzos, tayar sotong dan bermacam lagi.

Kalau kita lihat, di bulan Ramadan ini, banyak tindakan diambil pihak polis membabitkan samseng jalanan, bukan sahaja lelaki, ada juga wanita.

Bukannya tugas mudah pihak polis, masyarakat juga disaran jadi mata telinga, salurkan aduan untuk tindakan agar budaya merempit ini dapat dibasmi dan kesedaran penunggang motosikal dapat ditingkatkan.