Parlimen sarkas: Adakah titah Agong diingkari?
Iklan
TEGURAN Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara menjaga adab dan tatatertib selain menggunakan pertuturan sopan ketika bersidang ibarat mencurah air ke daun keladi.
Buktinya, masih terjadi insiden kekecohan dan perang mulut antara ahli Parlimen blok kerajaan serta pembangkang di Parlimen terutama ketika sidang Dewan Rakyat sekali gus menjadikannya tidak ubah seperti sarkas.