Hina agama ceroboh sensitiviti
Iklan
INSIDEN penjualan stoking tertera kalimah ALLAH di kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat beragama Islam di negara ini.
Reaksi ini sudah boleh dijangka kerana kalimah ALLAH sangat suci dan dekat dengan hati orang Islam.
Insiden penghinaan agama yang masih berlaku sehingga kini termasuk di media sosial adalah suatu contoh kegagalan sesetengah ahli masyarakat untuk menghormati kepelbagaian yang ada di negara ini.