Rezal Zambery optimis KDN FC mampu cipta kedudukan lebih baik

Iklan
Rezal Zambery (empat dari kanan) bersama para pemain KDN FC. Foto Sinar Harian

PENOLONG Ketua Jurulatih KDN FC, Rezal Zambery Yahya optimis pasukannya mampu mencipta kedudukan lebih baik dalam Liga Super musim 2024/2025.

Katanya peringkat awal permulaan pasukan sudah memulakan latihan sejak minggu lalu di Padang Perdana Kota Bharu.

Iklan
Iklan
Rezal Zambery. Foto Sinar Harian

"Saya fokus kepada kardio pemain dan memulakan latihan intensif tinggi serta saya lihat pemain berjaya untuk menyesuaikan diri mengadakan latihan dalam Ramadan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Logo KDN FC dan Iftar, di sini pada Ahad.

Beliau secara peribadi berhasrat untuk mengangkat KDN FC sebagai sebuah pasukan yang dapat memberi saingan kepada pasukan-pasukan bola sepak lain di negara ini.

Iklan
Rezal Zambery (dua dari kanan) yang hadir Majlis Pelancaran Logo KDN FC dan Iftar pada Ahad. Foto Sinar Harian

"Sudah tentu saya mahu meletakkan KDN FC sebagai pasukan yang mampu berdaya saing dan pasti pada kedudukan dalam liga yanb lebih baik daripada tahun lepas.

"Saya berharap segala rancangan untuk KDN FC berada pada landasan yang betul dan berterusan sehingga tamatnya saingan liga pada kedudukan yang lebih baik,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau menyatakan kesediaan bekerjasama dengan ketua jurulatih yang bakal dilantik dan diumumkan pihak pengurusan dalam masa terdekat.

"Memang kami akan bekerjasama dan tidak jadi sebarang masalah untuk saya dan jurulatih-jurulatih lain kerana perkara itu penting dalam membentuk pasukan yang baik.

"Saya sendiri terlibat dengan pihak pengurusan dalam pemilihan empat lagi import yang akan diumumkan oleh pihak pengurusan apabila mereka tiba di Kelantan nanti,” ujar beliau.