Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis dipindahkan ke HUKM

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan keadaan Yussainie semalam.

KANGAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Perlis, Yussainie Yahya yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar sejak Jumaat lepas telah dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur kelmarin.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan melawat Yussainie bagi membolehkan beliau mendapat rehat secukupnya.

Iklan
Iklan

"Orang ramai juga diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Perlis rebah di hospital

Iklan

"Marilah kita semua berdoa agar kesihatan beliau (Yussainie) segera pulih dan dapat menjalankan tugasnya seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Semalam Bernama melaporkan Yussainie, 41, rebah ketika mendapatkan rawatan susulan di HTF sudah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil. - Bernama

Iklan