Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan

Iklan
Fuziah - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sebaliknya beliau menegaskan, data merekodkan pengeluaran barang bersubsidi seperti gula dan minyak masak pada 2023 lebih banyak berbanding tahun sebelumnya.

Iklan
Iklan

"Pada 2022 pengeluaran gula ialah 437,290 metrik tan manakala pengedaran pula 430,713 metrik tan secara keseluruhan. Pada 2023, pengeluaran 489,451 metrik tan pengedaran 471,241 metrik tan.

"Ini bermaksud pengeluaran barang bersubsidi lebih pada tahun 2023 berbanding 2022, tidak benar sebelum PRU-15 (pengeluaran lebih baik).

Iklan

"Pengeluaran minyak masak paket subsidi pada tahun 2022 secara purata 55,000 metrik tan secara bulanan manakala pada 2023 maksimum 60,000 metrik tan lebih banyak berbanding 2022,” katanya ketika sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN - Masjid Tanah) yang mendakwa bekalan barangan asas berkurangan selepas PRU-15.

Iklan

Sementara itu, Fuziah turut menafikan pemberian subsidi tepung gandum bernilai RM40 juta ditamatkan, sebaliknya dialihkan ke butiran perbelanjaan program Payung Rahmah membabitkan dana keseluruhan RM200 juta.

"Pada Bajet 2023 ada butiran 040600 iaitu subsidi tepung gandum kegunaan am (bernilai) RM40 juta, manakala Bajet 2024, butiran ini tiada dan ditanya dalam dewan, sebelum ini.

"Sudah beberapa tahun ia tak pernah dituntut kerana tiada kilang mahu menghasilkan tepung gandum kegunaan am, selain rakyat pun tak pernah minta. Yang keluar tepung pelbagai cap," katanya.