'Dia bawa lori macam mana Man, itu ayah kau...'

Iklan
Kereta dipandu mangsa terperosok bawah treler dalam kemalangan maut di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, di sini, pada Isnin. Foto JBPM

JASIN -"Dia bawa lori macam mana Man, itu ayah kau Man... ayah kau... dia tak tengok orang ke," itu raungan pilu seorang wanita dipercayai ahli keluarga mangsa kemalangan maut di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, di sini, pada Isnin.

Suasana pilu itu sempat dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum ia tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Video berdurasi 44 saat itu menunjukkan seorang wanita berbaju hitam meraung kepada seorang lelaki dipercayai ahli keluarganya ketika berada di tempat kejadian.

Video berkenaan turut memaparkan beberapa anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan pemandu kereta jenis Proton Wira yang terperosok di bawah treler.

Iklan

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya terperosok di bawah sebuah treler.

Dalam kejadian lebih kurang jam 7.39 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, Ahmad Johari Mohamad Nin, 48, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Wak Joe' meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati treler yang dipandu seorang warga emas berusia 60 tahun dari arah kilang kaca menuju ke jalan besar menghala ke Lipat Kajang.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian kenderaan berat itu telah keluar dari simpang manakala kereta dipandu mangsa dari arah Lipat Kajang menghala ke kilang kaca gagal mengelak lalu melanggar bahagian tengah treler terbabit.

Pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!