JAKARTA - Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia pada Ahad, kata seorang pegawai tempatan pada Isnin.
Bencana di kampung Cibenda di daerah Bandung Barat itu berlaku selepas hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam.
Iklan
Iklan
Pemangku Pegawai Daerah Bandung Barat, Arsan Latif berkata, seorang wanita daripada sembilan individu tertimbus telah ditemukan pada awal Isnin, lapor Xinhua.
Menurut beliau, kira-kira 400 penduduk kampung terjejas dipindahkan ke pusat perlindungan sementara selepas berpuluh-puluh rumah musnah. - Bernama-Xinhua
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28