Hajiji umum subsidi tiket penerbangan untuk pelajar Sabah

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar dari negeri itu yang belajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Pengumuman itu dibuat semasa lawatannya ke Pulau Pinang untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurut Hajiji, bantuan khas 'one off' atau sekali beri sebanyak RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.

"Bantuan khas tiket penerbangan one off itu akan diberi secara terus kepada pelajar berkenaan.

Iklan

"Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan.

"Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah," katanya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28