Saya tiada masalah dengan Sanusi - Saifuddin

Iklan
Saifuddin Nasution (tengah) bersama warga kerja kementeriannya pada Majlis Perjumpaan Khas bersama pengurusan tertinggi KDN, Jabatan, Agensi dan Pengamal Media 2024. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.

Jelasnya, hubungan mereka dalam keadaan baik meskipun dilihat bertelagah berhubung Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) yang tidak diadakan.

Iklan
Iklan

"Saya tiada masalah. Saya jumpa beliau di Parlimen salam elok, sembang elok," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas Menteri Dalam Negeri bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian dan Media di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai hubungan mereka.

Iklan

Saifuddin Nasution yang juga Pengerusi MTPN berkata, beliau turun padang meninjau projek Persekutuan seperti lazimnya.

"Saya juga faham Sanusi ada tanggungjawab lebih berat di Kedah.

Iklan

"Jadi kita buat dalam urusan kerja masing-masing dahulu, jika ada keperluan di masa hadapan, nanti kita tengoklah," katanya.

Terdahulu, Muhammad Sanusi menyifatkan alasan Saifuddin Nasution tidak mengadakan mesyuarat kerana bimbang kebocoran maklumat rahsia sebagai mengada-ngada.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu kesal dengan tindakan menteri terbabit yang tidak memanggil mesyuarat lebih setahun bagi membincangkan projek infrastruktur kerajaan Persekutuan di Kedah dengan kerajaan negeri sejak majlis tersebut ditubuhkan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28