Kemelut pimpinan PKR Sabah diselesaikan dalam masa terdekat

Iklan
Saifuddin Nasution. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kemelut dalaman berhubung kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu berada dalam pengetahuan parti di peringkat pusat.

Iklan
Iklan

"PKR adalah sebuah parti terbuka, jadi akan ada dinamik termasuklah sedikit perbezaan mengenai pimpinan di Sabah.

"Kita akan cuba meredakannya dalam masa terdekat," kata beliau ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas Menteri Dalam Negeri bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian dan Media di sini pada Isnin.

Iklan

Ahad lalu, seramai 15 ketua cabang PKR di Sabah sebulat suara menolak kepimpinan Datuk Sangkar Rasam sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah.

Pendirian itu dinyatakan melalui akuan bersumpah (SD) mereka selain turut dimaklumkan dalam mesyuarat MPN.

Iklan

Ketua Cabang Kota Marudu, Sazayle Donol Abdullah yang mewakili 15 cabang tersebut berkata, tindakan itu diambil selepas mengambil kira beberapa perkara termasuk kegagalan Sangkar dalam memimpin parti di negeri itu.

Beliau juga mendakwa Sangkar belum pernah mengadakan program pemerkasaan parti sejak dilantik menjadi pengerusi pada 2022.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28