Stadium Nasional Bukit Jalil sudah sedia aksi Malaysia, Oman - Hannah

Iklan
Gambar terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dikongsi Hannah di laman media sosialnya malam ini.

CUACA hujan sebelah petang kebelakangan ini menjadi faktor pasukan bola sepak Malaysia dan Oman tidak dibenarkan berlatih di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Itu reaksi ringkas Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebagai respon kepada persoalan skuad The Reds kendalian Jaroslav Silhavy dan Harimau Malaya asuhan Kim Pan-gon serta dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan berkenaan isu yang melanda venue pasukan negara tersebut.

Iklan
Iklan

"Komisioner perlawanan (MC) Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak benarkan pasukan Malaysia dan Oman berlatih di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana hujan pada waktu petang kebelakangan ini,” ujar Hannah yang dikongsikan di media sosialnya.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya menjalani latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), manakala Oman pula di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada Isnin.

Iklan

Pada masa sama Hannah juga memaklumkan bahawa padang Stadium Nasional Bukit Jalil telah mendapat kelulusan komisioner perlawanan untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Selasa.

Sehubungan itu, Hannah menggesa penyokong-penyokong Harimau Malaya untuk datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan padu kepada anak buah Pan-gon.

Iklan

Sebagai rekod, Malaysia yang kini menduduki tangga ketiga Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 memburu keputusan postif berdepan Oman.

Oman yang kini pendahulu kumpulan menewaskan Malaysia 2-0 dalam perlawanan di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat, hasil gol dijanakan Issam Al-Sabhi minit ke-57 dan Muhsen Saleh Al-Ghassani (m-88).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28