MP Rantau Panjang kongsi detik cemas terlibat kemalangan

Iklan
Keadaan kenderaan yang dinaiki Siti Zaillah mengalami kerosakan akibat kemalangan tersebut.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkongsi detik cemas selepas kenderaan yang dinaiki bersama beberapa ahli keluarga lain terlibat dalam kemalangan di Bukit Antarabangsa, Ampang, Kuala Lumpur pada Ahad.

Menurut bekas Timbalan Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, kejadian berkenaan berlalu ketika beliau dalam perjalanan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim di salah sebuah sekolah tahfiz di Puchong, Selangor.

Iklan
Iklan

Akibat pelanggaran itu, Siti Zailah memaklumkan beliau dan anak perempuannya mengalami cedera ringan.

"Tiba-tiba masa kami dalam perjalanan sekitar 10 minit dari tempat penginapan ke tempat program, datang satu kereta dari arah bertentangan dengan laju dan masuk lorong jalan kami.

Iklan

"Kami tak dapat mengelak dan terus berlaku kemalangan. Alhamdulillah berkat pertolongan dan doa semua, kami selamat. Ambulans datang kira-kira 20 minit selepas kejadian dan bawa kami ke hospital Ampang," katanya di Facebook pada Ahad.

Siti Zailah dalam hantaran sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan kesejahteraannya sekeluarga.

Iklan

"Kami tidak ditahan di wad dan sedang berehat di rumah. Paha Kak Lah masih sakit tetapi alhamdulillah tidak patah. Anak perempuan saja yang retak tulang jari dan ada patah sikit di kaki. Terima kasih atas keprihatinan dan doa dari semua," katanya.

Sementara itu, insiden yang menimpa Siti Zailah turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok, Kamaruzaman Mohamad menerusi platform sama.

"Semoga Datuk Kak Lah (Siti Zailah) sekeluarga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28