Sentuh 3R untuk tambah baik bukan hasutan - Peguam
Iklan
SHAH ALAM - Peguam Haniff Khatri Abdulla menegaskan sekiranya Akta Hasutan 1948 mahu dipinda, maka definisi hasutan dalam akta tersebut perlu diberikan takrifan lebih jelas.
Beliau berkata, pindaan itu harus menetapkan bahawa orang yang bercakap mengenai agama, bangsa dan Raja-Raja dari sudut untuk menambah baik dan mengemukakan cadangan, tidak boleh dianggap sebagai hasutan.