HSA sasar kutip 4,000 beg darah sepanjang Ramadan

Iklan
Tian Soon (kiri) menggesa orang ramai agar membantu dengan menderma darah bagi menstabilkan stok darah di Johor ketika Ramadan.

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menerusi Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Aminah (HSA) menyasarkan kutipan 4,000 beg darah sepanjang Ramadan ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, bekalan darah perlu sentiasa mencukupi sepanjang waktu bagi kegunaan hospital.

Iklan
Iklan

Katanya, ia bagi menampung keperluan prosedur transfusi darah seperti kes kemalangan, pembedahan dan juga rutin seperti pesakit talasemia.

"Mengikut statistik purata penggunaan darah di negeri ini sebanyak 250 beg setiap hari.

Iklan

"Bagaimanapun terdapat cabaran untuk menstabilkan stok darah pada bulan Ramadan.

"Jumlah kutipan darah pada Ramadan setiap tahun akan menunjukkan peratusan penurunan sebanyak 25 peratus berbanding hari biasa," katanya ketika ditemui pada Selasa.

Iklan
Penurunan pendermaan darah pada Ramadan direkodkan sebanyak 25 peratus.

Hadri sama, Ketua Jabatan Perubatan Transfusi HSA, Dr Mohamad Mizan Gusari.

Menurut Tian Soon, Jabatan Perubatan Transfusi, HSA turut membekalkan darah kepada empat hospital minor di Johor dan 20 hospital swasta yang mempunyai perjanjian pembekalan.

"Ramadan berbaki kurang dua minggu lagi, saya harap Bangsa Johor dapat sama-sama membantu menstabilkan stok darah di negeri ini. Setiap beg darah yang didermakan mampu menyelamatkan tiga nyawa.

"Individu yang sihat dan berumur 17 hingga 60 tahun dialu-alukan untuk menderma darah. Mereka boleh hadir tanpa perlu membuat temu janji di mana-mana lokasi penganjuran kempen derma darah HSA," katanya.

Bagi Pusat Pendermaan Darah HSA, waktu operasi adalah pada Ahad sehingga Rabu mulai jam 7.30 pagi hingga jam 4 petang, manakala Khamis mulai jam 7.30 pagi hingga jam 2 petang.

Untuk lokasi Johor Bahru Blood Donation Suite, waktu operasi adalah pada setiap hari (Isnin hingga Ahad) bermula jam 10 pagi hingga jam 6.30 petang.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28