KOTA BHARU - Orang kelainan upaya (OKU) dari Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berpeluang mengubah nasib mereka melalui aktiviti pertanian.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup berkata, Pusat Latihan Pekerjaan kini dimulakan di Rumah Seri Kenangan (RSK) Pengkalan Chepa yang melibatkan 20 peserta OKU masalah pembelajaran.
Beliau berkata, projek perintis bersama Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan memberi kemahiran kepada OKU untuk menceburi bidang pertanian terutamanya tanaman betik hibrid.