MANILA - Ribuan penduduk diarah berpindah selepas sebuah gunung berapi berhampiran ibu negara Filipina memuntahkan debu ke ruang udara.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina merekodkan pergerakan magma ke arah kawah Taal, salah sebuah gunung berapi paling aktif di negara itu yang terletak kira-kira 65 kilometer (km) di selatan Manila.
Iklan
Iklan
"Ia boleh meningkatkan kemungkinan letusan yang boleh berlaku dalam beberapa hari atau minggu sekiranya aktiviti tersebut berterusan," kata ketua institut itu, Renato Solidum.
Katanya, kali terakhir gunung berapi Taal meletus adalah pada 1977.
Difahamkan, debu setinggi setinggi 1km boleh dilihat dan beberapa gegaran dapat dirasai di sekitar gunung berapi yang terkenal dalam kalangan pelancong kerana pemandangannya yang indah.
Menurut pejabat bencana tempatan, pihaknya telah memindahkan lebih 2,000 penduduk yang tinggal di pulau gunung berapi yang terletak di dalam sebuah tasik hasil pembentukan aktiviti gunung berapi sebelumnya.
Solidum turut memberitahu, pegawainya juga telah memerintahkan pemindahan penduduk yang tinggal di pulau lain berhampiran jika situasi semakin teruk. - AFP