Berlarutan sehingga tahun depan
Iklan
SHAH ALAM - Serangan terhadap rakyat Palestin dijangka berlarutan sehingga tahun depan kerana Israel akan mengadakan pilihan raya sekali lagi.
Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Azrul Azlan Abdul Rahman berkata, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan terus menyerang Palestin demi kepentingan politik, diri sendiri dan parti.