PENYERANG muda Asraff Aliffuddin Yassin tekad memberikan aksi terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini sebagai membalas kepercayaan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) yang menawarkan kontrak kepadanya.
Asraff Aliffuddin berkata, dia gembira kerana masih diberi kepercayaan menyarung jersi pasukan buat musim kelima berturut-turut.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana saya masih diberi peluang untuk kekal menabur bakti bersama KDNFC. Terima kasih pihak pengurusan kerana mempercayai saya bagi membantu kelab musim ini".
"Saya bertekad untuk memberikan yang terbaik sekaligus membalas setiap keyakinan pihak pengurusan dengan aksi yang meyakinkan di atas padang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Asraff Aliffuddin yang selesa dipanggil Alih dalam kalangan rakan sepasukan mempamerkan persembahan sederhana pada musim lalu.
Bagaimanapun, dia berjaya menjaringkan gol dalam 20 penampilan bersama pasukan musim lalu.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!