Zoom puji Malaysia terima pakai AI, pendirian terhadap ekonomi digital

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Malaysia mengorak langkah penting dalam menerima pakai kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan daya saing negara dan memastikan kedudukannya sebagai peneraju ekonomi digital serantau, kata penyedia platform kerjasama antarabangsa 'semua dalam satu' Zoom Video Communications.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Asia Zoom, Lucas Lu berkata, tumpuan kerajaan Malaysia terhadap AI sebagai kuasa penting untuk masa depan negara memberi petanda baik untuk inovasi dan pertumbuhan yang berterusan.

Iklan
Iklan

"Dalam mengiktiraf potensi transformatif AI, seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini kepada kerajaan, perniagaan dan rakyat untuk menerima pakai AI bagi menghasilkan daya saing yang lebih tinggi adalah tepat pada masanya dan berwawasan.

"Pengumuman untuk menubuhkan fakulti AI pertama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), ditambah dengan cita-cita untuk membawa superkomputer AI terpantas ke negara ini menjelang pertengahan tahun ini, merupakan satu langkah berani ke arah memastikan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam AI,” katanya.

Iklan

Pada akhirnya, Lu berkata, Zoom juga memanfaatkan AI untuk menetapkan standard yang lebih tinggi bagi produktiviti dan kecekapan dalam kerja berpasukan.

Sementara itu, dalam pengumuman berasingan syarikat itu mengumumkan pelancaran Zoom Workplace, platform kerjasama yang dikuasakan AI, di samping ciri-ciri AI Companion yang diperluaskan.

Iklan

AI Companion ialah pembantu digital AI generatif yang membantu pengguna meningkatkan produktiviti dan bekerjasama secara lebih berkesan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28