Kulat putih kering pembangkit rasa kerabu

Iklan
Mariani menunjukkan kulit putih kering yang dibeli dari Thailand.

KOTA BHARU - Seorang peniaga menggunakan 50 kilogram (kg) cendawan atau kulat putih kering sebagai bahan yang dapat menambahkan lagi kelazatan hidangan kerabu sepanjang bulan Ramadan.

Mariani Zakaria, 32, berkata, kulat putih kering tersebut wajib ada dalam lapan jenis kerabu yang dihasilkan antaranya kerabu sotong, kerang, kaki ayam, perut, suhun dan mi segera.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kulat itu perlu direndam semalaman terlebih dahulu dan diletakkan di dalam peti sejuk sebelum digaul dengan bahan-bahan untuk menghasilkan kerabu.

"Apabila lembut, kulat ini akan dicampurkan bersama bahan mentah yang siap direbus seperti sotong.

Iklan
Mariani menunjukkan kulat putih kering dan sudah lembut apabila direndam dengan air.

"Lagi banyak kulat lagi sedap dan saya menggunakan lebih 20kg kulat dalam tempoh dua minggu berniaga kerabu di bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Taman Guru, di sini pada Selasa.

Mariani berkata, kulit putih kering tersebut didapati dari Thailand dan terdapat juga peniaga mengambil bahan tersebut daripada Korea.

Iklan

"Walaupun harganya mahal, saya tetap gunakan di dalam kerabu bahkan ada pelanggan yang meminta diletakkan lebih kulat putih apabila membeli kerabu,” katanya.

Pelbagai jenis kerabu yang dicampurkan dengan kulat putih kering.

Wanita itu turut berkongsi kesedapan kerabu bukan sahaja terletak pada bahan-bahan mentah segar yang digunakan, tetapi juga bergantung kepada sos yang digunakan untuk digaul bersama kerabu terbabit.

"Dari segi bahan seperti kerang, perut atau sotong, saya akan pastikan dibeli setiap hari supaya kerabu yang dihasilkan sedap selain tidak cepat basi.

"Sos pula dihasilkan dengan menggunakan cili kecil hijau yang dikisar di dalam air limau nipis supaya sos tidak bertukar warna dan dicampurkan daun ketumbar, bawang besar dan kubis berwarna ungu,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!