Polis maut terlanggar rakan konvoi

Iklan
Motosikal ditunggang mangsa terbabas dan melanggar penghadang tengah lebuh raya di KM411 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Lembah Beringin Hulu Selangor, hari ini. FOTO: Ihsan polis

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang tengah lebuh raya di KM411 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Lembah Beringin Hulu Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Azman Ab Rahman berkata, dalam kejadian 11.15 pagi itu, Lans Koperal Mohd Azmi Zainal Abidin, 30, yang bertugas di Balai Polis Kepong, Kuala Lumpur meninggal di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya motosikal RXZ yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lagi motosikal sama yang dinaiki rakannya, juga seorang anggota polis.

"Mangsa dan rakannya yang menunggang berasingan dipercayai berkonvoi dalam satu kumpulan kira-kira 30 orang dari Kuala Lumpur menuju ke Sungkai, Perak," katanya ketika dihubungi.

Iklan

Azman berkata, rakan mangsa yang bertugas sebagai anggota Pasukan Simpanan Persekutuan patah kaki kanan dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan.

Tambahnya, mayat mangsa pula dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- Bernama