'Beli air soya, dapat doh tepung'

Iklan
Air soya yang likat seperti doh.

KOTA BHARU - Hasrat seorang wanita berbuka dengan air soya terbantut apabila minuman yang dibeli dari sebuah gerai itu didapati likat umpama bancuhan doh tepung.

Pemilik akaun Facebook Rose Wahida itu berkata, dalam keadaan panas dan dahaga nak berbuka puasa tetapi diberikan tepung pula.

Iklan
Iklan

"Ni orang panggil keno getah. Buka plastik nak minum air soya, tengok-tengok macam tepung jeput malas.

"Dia ni jangan sampai aku buka meja tepi mu jual soya, panas dan dahaga nak buka puasa, dia bagi tepung terus,” katanya dalam status yang dimuat naik dalam loghat Kelantan pada Isnin.

Iklan

Dia bagaimanapun tidak memberitahu lokasi gerai air soya yang dibeli tersebut.

Perkongsiannya di laman sosial itu mendapat reaksi daripada kalangan netizen dan mencecah 2,000 tontonan.

Iklan

Menerusi komen yang dibalas Rose Wahida memberitahu air soya tersebut mungkin dicampurkan dengan tepung menyebabkan menjadi sedemikian rupa.

Seorang rakannya, Azwan Nawza berkata, individu yang berbuat demikian hanya memikirkan semata-mata hingga menganiaya pembeli.

"Jenis berniaga nak untung jadi seperti inilah.

"Penat sungguh berniaga menganiaya orang ramai, minggu lepas saya sendiri kena, beli nasi kerabu telur masin bau busuk,” katanya.