Dewan Rakyat lulus RUU Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024

Iklan
Hui Ying. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 dengan lebih suara bersetuju.

Ia diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying setelah jawatankuasa menimbang usul dicadangkan tanpa pindaan.

Iklan
Iklan

Hui Ying berkata, RUU itu bertujuan untuk mengukuhkan rangka kerja undang-undang sedia ada bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan dalam membanteras perniagaan perkhidmatan wang tidak berlesen (hawala) dan ketidakpatuhan undang-undang oleh pemegang lesen.

Katanya, walaupun Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (Akta 731) memberi kesan positif dalam kalangan pemegang lesen, industri itu terus dibelenggu operasi perniagaan tidak berlesen.

Iklan

"Pindaan ke atas RUU ini meliputi empat asas pertimbangan utama iaitu, keperluan untuk memperkukuhkan usaha membanteras perniagaan perkhidmatan wang tidak berlesen kerana kesan negatif yang ketara ke atas ekonomi negara dan mengambil kira pelbagai modus operandi Hawala bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya diambil ke atas aktiviti Hawala.

Pindaan yang dicadangkan juga bertujuan untuk memberikan kuasa kepada mahkamah yang di hadapannya pendakwaan telah dijalankan untuk membuat perintah pelucuthakan bagi apa-apa harta yang disita di bawah Akta 731.

Iklan

Pindaan tersebut melibatkan Pindaan Am, Pindaan seksyen 1, seksyen 2, seksyen 4, seksyen 12, seksyen 23, seksyen 66, seksyen 66A, seksyen 86, seksyen 89A, seksyen 92 serta Pindaan jadual dalam RUU tersebut. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28