Turkiye tahan 147 suspek Daesh

Iklan
Seramai 147 suspek pengganas Daesh ditahan dalam serbuan polis di 30 bandar dan wilayah di Turkiye.

ISTANBUL - Seramai 147 suspek pengganas Daesh ditahan dalam serbuan polis di 30 bandar dan wilayah di Turkiye, kata Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Yerlikaya berkata, 40 suspek pengganas telah ditahan pada Ahad susulan serangan di sebuah dewan konsert di pinggir bandar Moscow, Rusia Jumaat lepas.

Iklan
Iklan

Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan yang meragut 139 nyawa dan 182 cedera setakat ini.

Sumber keselamatan Turkiye pada Selasa berkata, dua daripada penyerang disyaki bermalam di Turkiye sebelum melakukan perjalanan dari Istanbul ke Moscow pada 2 Mac. - Bernama-dpa

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

>

Iklan