Oman mengatasi Malaysia 1-0 pada babak pertama

Iklan
Omer (kiri) meledak gol pertama buat Oman menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama. Foto FB FAM.

MALAYSIA ketinggalan satu jaringan kepada Oman selepas separuh masa pertama aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil menutup tirai sebentar tadi.

Skuad Harimau Malaya memulakan rentak positif pada awal babak pertama menerusi dua percubaan Arif Aiman Hanapi, namun gagal menemui sasaran.

Iklan
Iklan

Percubaan pertamanya ditangkap kemas penjaga gol Oman, Ibrahim Al Mukhaini dan disusuli sepakan kedua yang melepasi gawang pasukan lawan.

Pasukan pelawat turut menguji ketahanan skuad negara, namun berjaya dikekang dengan baik benteng pertahanan yang diketuai kapten, Dion Cools.

Iklan

Ketika menuju penghujung babak pertama, kem negara berdepan detik cemas apabila dua percubaan Oman hampir menemui hasil.

Mujur sepakan Muhsen Saleh Al Ghassani sedikit melepasi gawang Malaysia dan satu lagi percubaan ditepis keluar penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi.

Iklan

Namun keampuhan benteng negara tidak bertahan lama apabila Oman memperoleh sepakan penalti selepas Ahmad Syihan menjatuhkan Muhsen.

Omer Al Malki kemudian menyudahkan dengan mudah untuk meletakkan Oman di depan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28