Lima pekerja China terbunuh dalam serangan di Pakistan

Iklan
Pihak berkuasa memeriksa lokasi serangan yang berlaku berhampiran bandar Besham di Shangla. Foto AFP

ISLAMABAD - Seramai lima warga China dan seorang penduduk tempatan maut dalam serangan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan pada Selasa, menurut Kedutaan China di negara itu, lapor Xinhua.

Kedutaan China dalam satu kenyataan berkata, kejadian kira-kira 1 tengah hari waktu tempatan (0800 GMT) itu berlaku apabila sebuah kenderaan dari Projek Hidroelektrik Dasu, yang sedang dibina oleh sebuah syarikat China diserang oleh pengganas.

Iklan
Iklan

"Kedutaan dan konsulat China di Pakistan mengecam sekeras-kerasnya tindakan pengganas ini, mengucapkan takziah kepada mangsa di kedua-dua negara dan menyampaikan takziah kepada ahli keluarga mangsa," menurut kenyataan itu.

Kedutaan China di Pakistan berkata, China telah bekerjasama dengan Pakistan untuk berusaha sedaya upaya menangani kejadian itu.

Iklan

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Sementara itu Presiden Pakistan Asif Ali Zardari mengecam serangan itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Iklan

Beliau turut berikrar bahawa Pakistan tidak akan membiarkan musuh persahabatan Pakistan-China berjaya dalam misi mereka. - Bernama-Xinhua

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28