Lelaki Thailand tunggang motosikal ke China demi salji

Iklan
Pan bergambar dengan motosikalnya semasa tiba di lokasi bersalji di lokasi tidak didedahkan di China. - Agensi

BANGKOK - Seorang lelaki dari wilayah Surin Thailand, bertindak nekad dengan memandu motosikal sejauh 2,589 kilometer menuju ke China demi bermain salji.

Pan Kaewplang menunggang motosikal Honda Wave menyelusuri sepanjang jalan lasak, berjaya tiba di tanah besar China selepas menempuhi perjalanan yang memakan masa selama tujuh hari.

Iklan
Iklan

Pan menceritakan pengalamannya di Facebook berkata, hasil menaruh kepercayaan terhadap keupayaan motosikalnya dan hasrat untuk bermain salji untuk pertama kali seumur hidup telah mencetuskan hasratnya menunggang motosikal sejauh ribuan kilometer ke negara tersebut.

Malah, cuaca panas yang melanda Thailand baru-baru ini turut menjadi punca dia mencari peluang untuk mencari kawasan sejuk selain dapat berkonvoi dengan rakan-rakannya.

Iklan

Perjalanan mencabar Pan berlaku pada 17 Mac lalu bersama rakan-rakannya dari Surin menuju ke sempadan Chong Chom. Selepas itu mereka merentasi Laos dan akhirnya tiba di China.

Selepas berkongsi pengalamnya di media sosial, ramai netizen menyatakan kekaguman mereka atas keberaniannya dan ada juga menyuarakan hasrat mereka untuk melakukan pengembaraan sama.

Iklan

Sebelum ini, seorang rakyat Malaysia, Zulkepli Mo'minin, 55, yang tekad bermotosikal secara solo ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Ekspedisi melalui jalan darat itu dijangka mengambil masa 95 hari dengan jarak sejauh lebih 18,000 kilometer merentasi 11 negara antaranya Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Kuwait dan Arab Saudi.- Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28