Tsai Ing-Wen kekal Presiden Taiwan

Iklan
Ing-Wen mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Taiwan untuk penggal kedua. - Foto AFP

TAIPEI - Tsai Ing-Wen mengekalkan kuasanya sebagai Presiden Taiwan untuk penggal kedua selepas memenangi pilihan raya umum semalam.

"Hari ini kita telah mempertahankan demokrasi dan kebebasan kita. Esok, mari kita bersatu untuk mengatasi semua cabaran dan kesukaran yang mendatang," katanya.

Iklan
Iklan

Ing-Wen, 63, disambut ribuan penyokong di luar ibu pejabat partinya, Parti Progresif Demokratik (DPP) dan keputusan pilihan raya itu mungkin mencetuskan rasa tidak senang kepada Beijing susulan kempennya untuk mengasingkan Taiwan.

Keputusan rasmi menunjukkan Ing-Wen memperoleh 57 peratus undi dengan 8.2 juta undi pecah rekod, 1.3 juta lebih tinggi berbanding kemenangan beliau pada 2016.

Iklan

Saingan utamanya, Han Kuo-yu dari China mendapat 39 peratus undian dan mengakui kekalahannya.

Keputusan itu juga adalah pukulan untuk Beijing yang menganggap Taiwan sebagai sebahagian dari China, namun tidak berahsia apabila ingin melihat negara itu keluar dari Beijing. - AFP

Iklan