Pemandu MPV maut, rempuh lori

Iklan
Seorang pemandu MPV jenis Perodua Alza maut dipercayai merempuh sebuah lori di jalan Bator, Bachok pada Selasa.

BACHOK - Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza maut dipercayai merempuh sebuah lori di jalan Bator di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, Nor Ahmad Fadzli Abdul Ghani, 43, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan mendapati semasa kejadian sebuah lori dari arah Melor menghala ke Pasar Jelawat sementara Perodua Alza arah bertentangan.

Siasatan mendapati semasa kejadian sebuah lori dari arah Melor menghala ke Pasar Jelawat sementara Perodua Alza arah bertentangan.

"Setiba di lokasi, MPV itu dipercayai telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh bahagian hadapan sisi kanan lori," katanya semasa dihubungi pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, kesan pelanggaran itu menyebabkan tayar hadapan lori tersebut pecah dan Perodua Azla telah berpusing sebelum terbabas di bahu jalan sebelah kiri menghala ke arah Gunong.

Ujarnya, pemandu lori yang berusia 35 tahun telah mengalami luka di bahagian dahi dan patah betis kanan.

Iklan
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Mohamad Ismail memberitahu, bagaimanapun pemandu MPV telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk menerima rawatan dan bedah siasat.

"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28