Terharu atas ingatan Anwar, kata Kamarul Hatta

Iklan
Kamarul Hatta (dua, kiri) bertemu Anwar di Kuantan baru-baru ini.

KUANTAN - Seorang 'otai' reformasi mengakui terharu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepadanya pada Ahad lalu.

Kamarul Hatta Mohamed Ali, 56, berkata, ingatan itu membuktikan pemimpin nombor satu negara tidak pernah lupa dan menghargai segala jasa keringatnya sepanjang 25 tahun berbakti kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Iklan
Iklan

Menurutnya, satu perjuangan penuh ranjau apabila Presiden PKR itu berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

"Beliau (Anwar) tidak melupakan saat susah dan senang (walaupun) berada di tampuk kejayaan sekarang sebagai ketua negara.

Iklan

Saya secara peribadi berasa amat terharu dan berterima kasih di atas ingatan beliau. Sejujurnya, saya sendiri tidak pernah mahu diangkat atau diingati oleh sesiapa, (kerana) saya juga mewakili rakan-rakan dan aktivis reformasi," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Bapa kepada lima anak berkata, sebagai orang lama, sudah semestinya mahu melihat Anwar menjalankan tugasnya sebagai pemerintah yang terbaik.

Iklan

Kamarul Hatta bagaimanapun, yakin Anwar mampu melakukan Islah atau reform terhadap negara ini kerana beliau pernah diuji di dalam keadaan senang dan susah.

"Saya dan rakan-rakan ikhlas di dalam perjuangan reformasi akan terus istiqomah bersama beliau.

"Jika dahulu kami berjuang habis-habisan untuk mengangkat beliau sebagai pemimpin negara ini, hari ini kami berjanji akan mempertahankan beliau sebagai PM (Perdana Menteri).

Pada Ahad lalu, Anwar menghulurkan sumbangan kepada Kamarul Hatta yang kini berdepan masalah kesihatan.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata, sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi, untuk membantu urusan harian dan perubatan Kamarul Hatta.

"Mana mungkin saya lupa pengorbanan Hatta yang menjadi pendukung utama perjuangan reformasi di saat sukar mahupun senang.

"Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah dan sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-ALLAH," katanya.