Raih 57 juta penstriman di platform digital, Rabithah ingin ulangi kejayaan

Iklan
Kumpulan Rabithah dianggotai Ayman Hakimi (kiri), Ridwan Rais (tengah) dan Mahdi Tolaat.

BIARPUN bermula ketika tempoh sukar iaitu pada zaman pandemik 2020, kumpulan Rabithah boleh tersenyum puas apabila album pertama mereka, Doacapella berjaya memperoleh lebih 57 juta penstriman di platform digital.

Bukan itu sahaja, lagu dalam album berkenaan telah menjana lebih 13 juta tontonan menerusi aplikasi TikTok.

Iklan
Iklan

Atas faktor itu, kumpulan yang dianggotai Ayman Hakimi, Ridwan Rais dan Mahdi Tolaat kembali dengan buah tangan terbaharu, Zikir Ramadan yang merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Akmal Mustafa.

Memilih lagu berunsur zikir dan doa, Ayman menjelaskan kumpulan Rabithah punya alasan tersendiri.

Iklan

"Tahun ini Rabithah sekali lagi hadir dengan lagu berunsur doa dan zikir bagi mengisi ruang genre zikir pop di pasaran komersial.

"Dalam masa yang sama kami ingin menyebarluaskan kepelbagaian zikir yang boleh diamalkan masyarakat di bulan Ramadan," katanya.

Iklan

Berkongsi tentang lagu ini, Ridwan berkata para pendengar single terbaru mereka itu akan dihidangkan dengan pelbagai doa-doa mustajab.

"Kami bawakan doa-doa ini yang diamalkan sepanjang Ramadan oleh para alim ulama dalam Zikir Ramadan yang mana setiap satunya memiliki fadilat-fadilat istimewa yang tersendiri.

"Contohnya bila berhadapan urusan kerja yang menyulitkan, boleh amalkan zikir ini, kerana antara fadilat dalam zikir yang Rabithah bawakan kali ini ialah dipermudahkan urusan-urusan yang kita rasa amat sukar," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Rabithah telah diberi peluang berkerjasama dengan platform penstriman kandungan kanak-kanak islami, Durioo+ menerusi rancangan animasi SHOWTIME!.

Berkongsi pengalaman ini, Mahdi menjelaskan ini merupakan pembabitan julung kali buat Rabithah di dalam dunia animasi.

"Saya sendiri dah lama ikuti perkembangan mereka lebih-lebih lagi dari perkongsian tuan Sinan Ismail di Facebook.

"Harapnya dengan kerjasama ini sedikit sebanyak dapat membantu misi team Durioo+ menyelamatkan anak-anak kita," katanya.