CHERAS - Seekor anjing yang patah kaki dan terperangkap dalam terowong longkang di Taman Shah Jaya, Batu 10 di sini diselamatkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat, malam tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8.58 malam memaklumkan mengenai kejadian itu sebelum empat anggota bomba bergegas ke lokasi.
Anggota bomba menggunakam alat bantuan pernafasan bagi menyelamatkan seekor anjing dalam terowong.