Thailand alu-alukan resolusi UNSC di Gaza

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

BANGKOK - Thailand mengalu-alukan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata segera pada bulan Ramadan di Gaza, menurut kenyataan Kementerian Luar Rabu.

"Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, Thailand yakin adalah penting bagi semua pihak yang terlibat untuk mematuhi resolusi ini dalam gesaannya untuk mengurangkan penderitaan manusia dan kepulangan selamat semua tebusan yang tinggal, termasuk warga Thailand.

Iklan
Iklan

"Resolusi ini merupakan satu langkah besar ke hadapan, yang Thailand benar-benar berharap akan menetapkan jalan ke arah gencatan senjata yang berkekalan, kembali kepada rundingan dan keamanan yang berkekalan berdasarkan penyelesaian dua negara," menurut kementerian itu.

UNSC pada Isnin meluluskan resolusi menuntut gencatan senjata di Gaza sempena bulan suci Islam Ramadan, yang bermula pada 11 Mac dan dijangka berakhir pada 9 April.

Iklan

Sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi itu, yang dibentangkan oleh 10 ahli majlis yang dipilih, manakala Amerika Syarikat berkecuali daripada mengundi.

Resolusi itu menggesa"gencatan senjata segera sempena Ramadan, dihormati oleh semua pihak yang membawa kepada gencatan senjata yang berkekalan".

Iklan

Ia juga menuntut"pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan, serta memastikan akses kemanusiaan untuk menangani keperluan perubatan dan kemanusiaan mereka yang lain". - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28