JAKARTA - Pasukan penyelamat menemukan lima mayat, termasuk kanak-kanak yang tertimbus selepas tanah runtuh melanda dua kampung di wilayah Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini, kata seorang pegawai agensi mencari dan menyelamat tempatan, lapor Xinhua.
Ketua unit operasi pejabat mencari dan menyelamat wilayah, Supriono berkata, mayat kelima ditemukan pada pagi Rabu berhampiran sungai, kira-kira 20 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.