33,000kg sisa makanan, minuman diselamatkan

Iklan
Fuziah ketika sesi walkabout di Bazar Ramadan Rahmah Mahkota Square di sini pada Rabu.

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Sejumlah 33,000 kilogram (kg) makanan dan minuman yang tidak habis dijual peniaga di bazar Ramadan di seluruh negara diselamatkan bermula 14 hingga 25 Mac lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, ia bernilai RM416,000 serta 66,000 kg emisi rumah hijau berjaya diselamatkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, data itu dikumpulkan melalui pelaksanaan Program MySaveFood Ramadan iaitu kaedah bagaimana pengurusan sisa makanan dan minuman di bazar Ramadan secara berstrategi.

"Kalau kita tengok, hasil setakat ini amat memberangsangkan. Malahan, kita jangka ia semakin meningkat sehingga penghujung Ramadan.

Iklan

"Semasa pilot projek pada Ramadan lalu, kita berjaya mengumpul 25,000 kg makanan. Pada tahun ini kita menjangkakan pengumpulan makanan lebih banyak kerana ramai sukarelawan terlibat dalam mengumpul lebihan makanan di bazar Ramadan," katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas sesi walkabout di Bazar Ramadan Rahmah Mahkota Square di sini pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, pihaknya bekerjasama Gerakan Pengguna Siswa (GPS) iaitu sukarelawan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) yang ditugaskan untuk menasihatkan peniaga bazar Ramadan di seluruh negara.

Jelasnya, mereka ini akan mengingatkan peniaga agar tidak membazir dan mengumpulkan makanan mereka yang tidak terjual untuk diagihkan kepada golongan susah.

'Selain itu, kita ada membuat kompos daripada sisa makanan. Jadi selepas mereka berbuka, sisa makanan boleh dimasukkan ke dalam de mesin kompos disediakan oleh SWCorp (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam).

"Mesin kompos ini aka menghasilkan baja dalam tempoh 48 jam menggunakan bahan enzim," ujarnya.

Menjawab mengenai Ops Pantau yang dilaksanakan sejak 12 Mac sehingga Selasa di Pahang, Fuziah berkata sebanyak 3,239 premis diperiksa.

"Daripada pemeriksaan itu terdapat 13 kes direkodkan tidak mempamerkan tanda harga manakala lapan lagi kesalahan alat timbang dan sukat," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28