TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran

Iklan
Ahmad Zahid mengambil kesempatan berkongsi ucapan selamat menyambut Nuzul al-Quran kepada umat Islam di negara ini di laman X milik beliau. Foto X @DrZahidHamidi

KUALA LUMPUR - Jemaah menteri menerusi media sosial masing-masing mengambil kesempatan berkongsi ucapan selamat menyambut Nuzul al-Quran kepada umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.

Iklan
Iklan

"Bersempena Nuzul al-Quran yang dirai ini, inilah masanya untuk kita mentadabburkan al-Quran serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian,” katanya di laman X hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pula berharap semoga umat Islam sentiasa tergolong dalam kalangan orang yang ‘akrab’ dengan al-Quran dan beramal dengan kandungannya, selain mendidik generasi akan datang untuk menjadi generasi celik al-Quran.

Iklan

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pula mengajak umat Islam menyambut kedatangan malam yang penuh barakah ini dengan hati terbuka serta keinginan mendalam untuk menghayati amalan dan ajaran al-Quran bagi memenuhi setiap aspek kehidupan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said juga berharap moga umat Islam di negara ini mengambil segala keberkatan dan pengajaran daripada peristiwa Nuzul al-Quran serta memperoleh keredaan daripada Allah SWT.

Iklan

Menteri Pertahanan ,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Nuzul al-Quran dan berharap Allah SWT memberkati dan menerima semua amal dan ibadah hamba-Nya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28