Wanita tergamak ketuk kepala ibu dengan periuk sampai mati

Iklan
Anggota polis mengawal pintu masuk apartment didiami Patterson dan ibunya yang terletak di Bronx, New York. - Foto: Agensi

NEW YORK - Seorang wanita di Bronx, Amerika Syarikat (AS) tergamak mengetuk ibunya dengan periuk masak hingga mati dan kemudian menelefon pihak kecemasan dengan mengakui melakukan pembunuhan kejam itu.

Bagaimanapun, suspek, Skydajah Patterson, 26, telah dibebaskan polis dan mendapat rawatan kesihatan mental selepas didakwa memukul ibunya, Selma Mclean berusia 46 tahun di apartment mereka terletak di Presiden Adams House di Bronx pada jam 3.40 pagi (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Sumber berkata, Patterson memberitahu operator kecemasan bahawa dia baharu membunuh ibunya dan semasa pihak berkuasa tiba di apartmen itu mereka mendapati Mclean sudah tidak sedarkan diri dan terdapat kecederaan di muka dan kepalanya.

Malah, wanita muda itu masih memegang periuk masak berlumuran darah.

Iklan

Namun, wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis berkata, anak perempuan mangsa ditahan, tetapi dia tidak berdepan sebarang pertuduhan tersebut.

Iklan

Sementara anak baptis Mclean, Danaeyah Reynolds, 26, memberitahu The New York Post bahawa ibunya telah menghantar mesej kepadanya sebelum pembunuhan kejam itu dengan mengatakan dia takut kepada Skydajah yang baharu saja dibebaskan dari wad psikiatari.

"Dia berada di wad psikiatri sejak Februari hingga minggu lalu. Dia mula mendengar suara dan mula bercakap dengan suara seorang lelaki.

"Ibu baptis berkata dia takut kerana Skydajah mengatakan suara di kepalanya memberitahu bahawa ibunya sangat merbahaya," katanya.

Patterson dikatakan mengalami gangguan mental sejak dia kehilangan bayi lelakinya pada bulan Ogos lalu. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!